Sunday, December 16, 2012

tabarrujj dosa yang dianggap biasa


ASSALAMUALAIKUM!!


hai uolls! untuk kesekian kalinya sudah hari kedua nunu tak update belog.
berbalik kpada entry lepas nunu ada janji nak cerita kat korang apa maksud Tabarruj ni?
yaa, berfashion2 jugak tetapi haruslah diingatkan batas-batasnya.
honestly, nunu pon tak arif sagat bab tabarruj ni.
well, nunu dah google sedikit sebanyak mengenai apa diaaa tabarruj ni dan terhasil lah short-entry dibawah ni. harap uolls paham ye..




Maksud Tabarruj??
  • tabarruj adalah sesuatu perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seorang wanita sehingga menarik perhatian orang ramai tanpa membuka aurat. faham ladies??




Contoh-Contoh Situasi ??

1. apabila berjalan terdengar bunyi gelang kakinya sehingga ia menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup. ini juga dianggap tabarruj dan keadaan sebgini adalah dilarang sama sekali. so, sapa yang ada angan-angan nak beli gelang kaki tu tinggal harapan jela eh.. -00-

2. apabila seseorang girl ni memakai tudung (shawl warna-warni tuu) dan pemakaiannya menarik perhatian orang lain, maka dengan ini girl tersebut dianggap ber'tabarruj' dan dilarang even rambutnya terlindung.

3. apabila seseorang wanita ini memakai jubah atau baju kurung yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan dilarang sama sekali walaupun jubah atau seumpamanya dengannya adalah dituntut islam walaupun wanita islam ituuu menutup aurat sepenuhnya.

4. apabila seseorang wanita itu bermekap tebal sehingga menarik perhatian orang lain, maka ini adalah tabarruj dan dilarang sama sekali.



kesimpulannya, walaupun kita sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi menarik perhatian orang lain,  ini sudah dianggap tabaruj, apatah lagi jika pemakaiannya berjubah tetapi ketat dilengan, bertudung tetapi sanggulnya tinggi. wallahhu'alam..



mekap yang berlebihan



masya Allah



:)



okayy, nunu harap korang faham terhadap perkongsian ilmu pada petang ni.
segala yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri. semoga usaha kita yang sikit ini mampu menjadi bekal amal soleh utuk bertemu dengan Allah SWT suatu hari nanti. sirru'ala barakatillah :)


XOXO,
NUNU 161212



5 00 budak kena kiss:

Aesya Zealous said...

betul2 ;)

najihahfara said...

kadang2 kite x sedar ape yg kite pakai tu salah walaupun kita rasa 'tutup' aurat

Puteri Bylqhis said...

akhirnya..ade jugak yang memahami..bagus...ni la yang qi dok habak kat bdk tudung ni..lol..

cik nunu said...

@puteri bylqhis, yup qi. then nunu br pham ttg ni :)

Anonymous said...

Salam. hmm tabarruj anda sedang terlibat dgnnya. ingatlah yang wanita lebih banyak masuk neraka.
http://www.youtube.com/watch?v=xfjwE9hlsT0